My Raya Haul 2023

Assalammualaikum guys!

Berkurun nak menulis haa kena tunggu ada masa. So lets not waste any time.
Jom tengok apa yang me and my family bought for our Raya Outfits!


here are the bags, hasil shopping raya bulan ni. Except for POKOKS we all beli sebelum puasa sebenarnya. Konon konon tanak beramai ramai. Tapi masa. kitorg pergi tu punya meriah macam esok dah nak raya :'P

We choose POKOKS ni sebabnya marketing boleh tahan jugak laa asyik keluar recommended kat instagram. And best sebab banyak choices for kids and babies. Designs are mostly abstract, minimalist and kain jenis cotton. Tapi I tak tunjuk lah warna and baju kat sini.. tunggu raya nanti kita ootd kayy one family. hihi

Masa beli tu dapat sekali sampul duit raya. Sumpah cantik. Macam dalam gambar bawah ni, what you see are just the sampul kepada sampul duit raya yang sebenar. So dalam dia ada macam macam designs yang lawa teruk. So tahun ni, memang guna sampul ni laa nak bagi duit raya sebab terlalu cantik.


Other than that dapat free BUDS shampoo. Ye laa sebab kedai dia memang special for kidswear. So thankful for that too! Gift yang sangat lain dari yang lain hehe. Oh and sebelum I lupa, if you go to the shop, it is very systematic ya. I like..

Then my another baju is from Darasara. Actually tak plan pun nak beli ni sebab dah ada satu baju raya baru, thot of just pakai baju raya last year sebabnya tah berapa kali sangat je pakai pun. Tapi dah terbeli nak buat macamana kan.

Okay laa yang Darasara ni kasi sneak peak sikit. Kain sangat best and tbh, tak sabar nak pakai raya nanti. weeee

Lepastu Alif pun shopping sakan. Terbeli another set of baju melayu kat Calaqisya. Last year pun he bought it there and suka dengan how contemporary it is. Plus kain sejuk selesa katanyer.. Kalau lelaki punya baju kat Calaqisya ni they call it "ASAL". Cuba laa tengok. It is different than the normal baju melayu la. Kot kot korang rasa nak lain daripada yang lain, memang well recommended.

Oh and dapat juga sampul duit raya from Calaqisya :) very sweet.


Disebabkan ibu ayah Imar pun ada extra baju raya selain POKOK, Imar pun haruslah ikut jejak kan. So we bought his another baju melayu dekat Karl Republic. Baju melayu material crepe and a bit stretchable. Material dia ni sejuk and I am sure babies gonna be comfortable. Siap ada zip kat tepi badan, so senang la nak sarung lagi lagi kalau budak yang jenis bam bam. Beli baju kat Karl Republic ni buat I tak risau Imar nak pergi beraya nanti. Sebab tak panas for sure.




Oh and next TUDUNG RAYA


Both ni I beli for the first time. Sofearose and Maejestica. Saja je try something else sebab sebelum ni beli kat TudungPeople je for raya. For me both of my tudung raya material sangat best and confirm akan jadi tudung favourite. Sekarang ni kita simpan je dulu tanak pakai lagi before raya. Nama pun tudung raya kan..

If nak tengok more can go to their websites, banyak lagi rupanya designs yang lawa lawa. Another recommended brands for your tudung shop. Vibes website pun lebih lebih kurang je kann.. Sebab tu laa sis beli ihihihi. Dia macam kena dengan jiwa dan raga.




Lastly, bags. I sekarang memang tengah fans Charles and Keith's punya bag. Segala bag yang I ada sekarang memang mostly from the shop. Sebab designs cantik and so far I pakai dia macam tahan lama. Harga pun affordable laa to me with that kind of quality.

Actually these bags bukan baru beli pun, cuma it suits with my raya outfits. So I include sekali. hehe



So inilah my Raya Outfit untuk 2023. Sekali my small family punya. Nak tengok ootd, tunggu je la kat instagram : farhanafarid14 , hari raya first nanti. okay?

Sekian from me, and thanks for reading!

till then,
Frau Ananas.






Comments

Popular posts from this blog

My Masters' Journey 101

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway